APA ITU DADAH?
Istilah ‘Drug’ dalam Bahasi Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan menurut Kamus Dewan.Untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada ‘drug’,perkataan ‘use’,"misuse" atau ‘abuse’ perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan drug.Manakala dalam pengertian Bahasa Malaysia,dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian penyalahgunaan.Ini bermakna perkataan penyalahgunaan atau salahguna tidak boleh diikuti dengan perkataan dadah.Perkataan dadah sudahpun menunjukkan yang ia disalhgunakan.Dalam hal ini,perkataan penggunaan atau penagihan adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan penggunaan dan juga masalah-msalah yang berkaitan dadah.
JENIS-JENIS DADAH
APAKAH PERGANTUNGAN KEPADA DADAH?
(b)Jumlah Digunakan Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar,Contohnya,dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.(c)Cara Penggunaannya Kesan dadah bergantung kepada cara(samada ditelan,suntik,hidu,hisap atau diguna bersama dadah lain),jangkamasa dan kekerapan mengguna.(d)Keadaan Individu Kesan adalah bergantung kepada unur,jantina,berat badan,kesihatan,daya tahan, pengalaman penggunaan dadah,’mood’ dan aktiviti penagih.(e)Situasi Ketika Mengguna Keadaan/tempat mengguna dadah dan samada ada atau tiada orang lain hadir bersama. |
PPDa lokmanians
Wednesday, 30 January 2013
apa itu dadah
Akibat Ke Atas Penagih |
Akibat yang jelas ialah dari segi tinkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya. |
Friday, 18 January 2013
akibat kepada negara
4. Akibat ke atas negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat dari segi kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah :
Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur di antara 20 - 29 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa.
Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan dan ketahanan negara. Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh menggunakan dadah sama ada :
• untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara secara langsung;
• untuk menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka dan secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatan negara;
Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma, Afghanistan dan di beberapa buah negara Latin Amerika serta semasa penyerahan Hong Kong ke tangan British selepas Perang Candu di abad kelapan belas.

- kehilangan atau kerugian akibat dari pengurangan daya pengeluaran ekonomi;
- kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan dadah;
- kos bagi menyelenggara program-program pencegahan;
- kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan seperti merompak, membunuh, merogol dan sebagainya;
- kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya
Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur di antara 20 - 29 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa.
Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan dan ketahanan negara. Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh menggunakan dadah sama ada :
• untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara secara langsung;
• untuk menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka dan secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatan negara;
Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma, Afghanistan dan di beberapa buah negara Latin Amerika serta semasa penyerahan Hong Kong ke tangan British selepas Perang Candu di abad kelapan belas.
Subscribe to:
Posts (Atom)