Dari segi kesihatan, keupayaan seseorang penagih dadah untuk melawan ketagihan adalah lemah. Penagih dadah secara langsung atau tidak talah mendedahkan diri mereka kepada pelbagai jenis penyakit kerana mereka berkongsi menggunakan alat menyuntik yang kotor. Di antara akibat lain adalah seperti yang berikut:
Melemahkan tenaga dan menimbulkan kemalasan
Boleh melemahkan tenaga batin sehingga tidak dapat dipulihkan semula ( Walaupun pada peringkat permulaan tenaga batinnya berlebih-lebihan )
Menjadi mandul di kalangan wanita.
Merosakkan fikiran, menjadi tidak siuman dan gila
Menyebabkan pengsan, pitam atau tidak sedarkan diri.
Menaikkan perasaan ganas yang boleh menghilangkan maruah.
Menimbulkan penyakit pedih hati dan sakit perut.
Membawa ketagihan yang berlebih-lebihan untuk mententeramkan diri dan jiwanya dan jika tidak dapat mengakibatkan kerosakan jiwa dan tenaga badan.
Mati kerana menggunakan dadah yang berlebihan.
No comments:
Post a Comment